Kepada pelajar kursus Binaan Bangunan yang bakal menduduki peperiksaan semoga anda berjaya dalam peperiksaan tahun ini.
Jadi di sini saya sertakan koleksi-koleksi soalan yang boleh anda download.
1. soalan akhir tahun 2009 tkn 4
2. peperiksaan awal 2010 tahun tkn 5
3. peperiksaan penggal tkn 4 2010
4. soalan akhir SMT Betung 2008
5. soalan ujian setara 2009
6. Peperiksaan Percubaan SMV Termeloh 2010
7. Percubaan SPM TB 2010
Bahan Binaan
Blog ini khas berkaitan dengan matapelajaran mpav Bahan Binaan.
Sunday, October 21, 2012
Saturday, November 26, 2011
Nota Ringkas Bahan Binaan
Salam semua,
Di sini saya lampirkan nota ringkas bahan binaan.
Selamat menjawab peperiksaan dengan jayanya buat pelajar-pelajar 5BB 1. Saya sebagai guru mendoakan kejayaan anda sekalian. Semoga anda semua berjaya. Good luck!!!
Download nota ringkas bb.
Size 0.86 MB file pdf
Di sini saya lampirkan nota ringkas bahan binaan.
Selamat menjawab peperiksaan dengan jayanya buat pelajar-pelajar 5BB 1. Saya sebagai guru mendoakan kejayaan anda sekalian. Semoga anda semua berjaya. Good luck!!!
Download nota ringkas bb.
Size 0.86 MB file pdf
Tuesday, April 5, 2011
Thursday, March 24, 2011
Memasang Paip Pembentung - Kaedah Papan Tolok
Langkah kerja.
1. Menyiapkan papan yang dipotong mengikut kecerunan yang dikehendaki.
2. Kerja mengali dilakukan mengikut kecerunan.
3. Papan tolok digunakan pada tiap-tiap sambungan.
4. Paip pemebentung dilaraskan sehingga aras spirit ditempatkan di atas papan tolok itu menjadi rata.
5. Setiap sambungan paip tersebut akan disambung dengan gasket dan ditutup dengan mortar.
5. Cara ini digunakan untuk memasang saluran yang pendek. Bagaimanapun kaedah ini tidak sesuai untuk pemasangan paip pembentung jarak yang panjang.
Terdapat 2 kaedah memasang paip pembentung.
1. Kaedah menggunakan papan tolok.
2. Kaedah menggunakan rod aras.
Thursday, February 10, 2011
Membina Gerbang Ikatan Inggeris
Minggu ini pelajar BB memulakan projek membina gerbang dalam ikatan Inggeris.
1. Langkah pertama mulakan dengan merancang tanda.
2. Membuat ikatan Inggeris.
3. Memasang pemusat gerbang.
4. Memotong bata mengikut pemusat bata.
5. Di akhir projek pelajar menguji kepugakan, tolok, aras dan kepersegian projek.
1. Langkah pertama mulakan dengan merancang tanda.
2. Membuat ikatan Inggeris.
3. Memasang pemusat gerbang.
4. Memotong bata mengikut pemusat bata.
5. Di akhir projek pelajar menguji kepugakan, tolok, aras dan kepersegian projek.
Tuesday, February 8, 2011
Jenis alat pepasang bagi paip GI
Pepasang bagi paip Bergalvani ( GI )
1. Tee sama - digunakan untuk menambah sambungan paip
2. Sesiku 90 darjah sama - digunakan untuk mengubah arah sambungan paip yang bersudut 90 darjah sama.
3. Soket sama - digunakan untuk menyambung paip yang sama saiz.
4. Puting heksagon - digunakan untuk menyambung dua soket sama dengan soket penyuai pt atau yang berlainan seperti paip besi galvani dengan paip pvc.
5. Palam - untuk menutup hujung paip yang tidak digunakan.
6. Soket pengecil - digunakan untuk menyambung paip yang berbeza saiz.
7. Sesiku 90 darjah pengecil - digunakan untuk mengubah arah sambungan dua paip berlainan saiz yang bersudut 90 darjah.
Tuesday, January 18, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)