Thursday, February 10, 2011

Membina Gerbang Ikatan Inggeris

Minggu ini pelajar BB memulakan projek membina gerbang dalam ikatan Inggeris.
1. Langkah pertama mulakan dengan merancang tanda.
2. Membuat ikatan Inggeris.
3. Memasang pemusat gerbang.
4. Memotong bata mengikut pemusat bata.
5. Di akhir projek pelajar menguji kepugakan, tolok, aras dan kepersegian projek.








Tuesday, February 8, 2011

Jenis alat pepasang bagi paip GI



Pepasang bagi paip Bergalvani ( GI )

1. Tee sama - digunakan untuk menambah sambungan paip



2. Sesiku 90 darjah sama - digunakan untuk mengubah arah sambungan paip yang bersudut 90 darjah sama.


3. Soket sama - digunakan untuk menyambung paip yang sama saiz.

4. Puting heksagon - digunakan untuk menyambung dua soket sama dengan soket penyuai pt atau yang berlainan seperti paip besi galvani dengan paip pvc.

5. Palam - untuk menutup hujung paip yang tidak digunakan.

6. Soket pengecil - digunakan untuk menyambung paip yang berbeza saiz.


7. Sesiku 90 darjah pengecil - digunakan untuk mengubah arah sambungan dua paip berlainan saiz yang bersudut 90 darjah.